Pages

Monday 7 June 2010

Kursus Dan EBM Part 1

Salam 1 Malaysia hehe..semangat dan aura BTN masih ada lagi. Lama tak hupdate blog semenjak pegi kursus hari tu. So ni nak cerita sepeninggalan aku 5 hari kat UPM tu, aku bekalkan zara 30 botol frozen stok dan 7 botol yang fresh. Aku membuat pengiraan dimana dalam 1 hari aku agak zara akan consume 7 - 8 botol. Jadi dalam tempoh 5 hari tu (lagi 2 hari tu aku bundarkan jadi sehari jerla sbb setengah hari kan, so 4 hari) zara akan consume lebih kurang 28 botol. Packing siap2 sehari awal dan letak kat fridge umah mak seperti gambar di bawah


Jadi dah tambah tolak semuanya tinggallah 45 botol stok yang frozen. Adeehh dah tinggal sket da! Setakat ni stok frozen yang ada cukupla rotate dalam sehari tu dan yang tinggal banyak tu jugak 75 botol (sebelum pegi kursus la).

So aku perlu mind set dalam fikiran aku yang aku perlu '+ve' setiap masa. Jadi, aku akan jangkakan yang susu aku akan menurun selepas kursus nanti walhal skrg pun aku dah perasan yang susu aku dah merudum. Jadi nantikan ceritakan aku mengepump dan memerah masa BTN hari tu pada Part 2 hokeyy..

7 comments:

Afne said...

salam, dtg amik semangat. geramn tgk ur ebm. rindu tgk ebm sendiri byk mcm dulu..

ieja @ iejot said...

humangaiiiiiii!!!!... ko bukak kilang ke apo?... banyak giler... kihkihkih...

mrs. wanie said...

haha kak ieja..
kilang susuibu. x terdapat di pasaran tau

ct224 said...

salam, tumpang tanya... cooler bag apa ya yang u guna utk isi ebm dalam gmbar atas tuh? nmpak mcm besar jer.. boleh isi berapa botol sekaligus tuh ya? thanks

mrs. wanie said...

cooler tu jenama thermos.
memang ia besar nanti sy akan tunjukkan pada entry akan dtg ya.

Anonymous said...

coleman ice pack mcm gambar kat atas tu u juz guna satu je ke?

Coleman tu yg paling kecil kan?

Brapa lama tahan yer?

-anne-

mrs. wanie said...

anne saya mmg letak satu saja dlm cooler beg tu sbbnya jarak rumah sy ke rumah mak sy tak sampai setengah jam pun. jadi bila nak transfer ke fridge mak takde masalah pencairan pun.

yes ia adalah yg paling kecil dan boleh tahan shgga ke 8 jam x silap sy

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails