Pages

Monday, 19 July 2010

Setahun Sudah..

Syukur sangat2..Hari ni zara genap setahun dan BF journey aku pun dah berjaya ke fasa yang ke-2. Teringat detik dimana disaat ini aku bertarung dengan kesakitan untuk melahirkan zara. Dari awal subuh pagi hingga ke jam 2 petang baru aku dapat melihat puteri kesayanganku itu.Kontraksi yang ku alami membuatkan aku berfikir berulang kali yang aku tak nak mengandung lagi hehe.. Nah! zara tak sampai setahun pun lagi aku dah disahkan hamil. Rezeki takkan kita nak menidakkannya pulak kan.

Breastfeeding? Aku masih meneruskannya sehingga kini dan stok frozen yang ada tu aku harap kekal hingga zara 13 bulan. Sedih pula rasanya nak top up dengan susu lain selain dari susu ibu lepas ni nanti.

Perkembangan terbaru zara?
  • Kalau tanya dia, "tangan cantik mana tangan cantik" dia akan tunjuk tangan kanan dia tu
  • Dah pandai amin (salam) orang. Ni pengasuh dia yang ajar. Terima kasih Cik Ros yea
  • Dah boleh memapah tempat yang jauh sikit.
  • Suka memunggah baju yang ada atas kerusi
  • Anak manja ayah dia ni.
  • Masih belum boleh berjalan.
  • Suka makan nasi jer. Cuba jugak bagi dia makan roti pagi2 tapi dia reject! Kalau 3 kali makan, 3 kali tu la makan nasi.
  • Gigi still 6 batang
Bila melihat perkembangan dan pembesaran anak, rasa cepat benar masa berlalu. Lagi best kalau aku yang jaga dia sendiri. Tapi nak berenti kerja tu mustahil pulak rasanya. Buat anak ibu yang disayangi Selamat Ulangtahun sayang ya. Semoga zara membesar bagai juara. Jadi anak yang solehah dan jangan nakal2 ya sayang..

(nota mummyzara: hari ni tak berapa sihat, selsema dan sakit tekak. Lusa nak bawa zara inj 1 tahun pula)

5 comments:

Zakilah said...

hepy 1st besday...cute sgt..pandainyer dierrrr

Zimah said...

happy 1st birthday zara..

Unknown said...

Happy birthday dear! Menten cute ok hehe

az said...

Happy besday dear zara :) nanti tak lama lagi zara dapat la kawan.mesti pandai jaga adik kan..

mummy-aulia' said...

salam perkenalan.. :)
tahniah kerana berjaya menyusukan zara sampai sekarang..semoga Allah permudahkan perjalanan kehamilan & penyusuan awak..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails