Pages

Tuesday 22 January 2013

Zulfa Reject EBM..

Entri kali ini adalah yang agak sedih buatku huhu..
Nampak gayanya, azam tahun ini nak 
sempurnakan PSI tanpa susu formula tak tercapai

Kalau dihitung dan dikira bermula dari hari ini
ada 31 hari sahaja lagi Zulfa akan berumur 2 tahun
Sedih rasanya bila Zulfa dah totally reject EBM. 
Lebih kurang ada lagi 2 - 3 bungkus yang tak berusik
Mungkin dalam bulan 5 dan 6 2012.

Aku dah perasan beberapa minggu yang lepas,
Walaupun aku bekalkan Zulfa 2 botol EBM frozen
hanya satu jer yang habis.
Jadi, aku menganggap bahawa demand Zulfa
terhadap ebm semakin berkurang.
Mungkin dia lebih banyak makan dan minum air masak 
dari minum susu yang ku bekalkan.

Tak tau dimana silapnya, 
Tapi Zulfa selalu 'mencuri-curi ' minum susu Qaseh
(pengasuh dia jaga sorang lagi)
Dah agak sedap rasanya sebab perisa coklat
sedikit demi sedikit Zulfa reject ebm aku
Sedihnya..

Dah target dan yakin aku akan berjaya
Nampaknya kuasa Allah melebihi segalanya
Kita merancang hanya Allah jua yang menentukan
Kalian agak ada harapan lagi tak?
Since aku pun dah tak mengepam
(sebab dengan harapan Zulfa akan consume ebm frozen till dia 2 years)
rasa menyesal pulak tak bekalkan dia susu yang fresh hmmm..

Asal nampak jer cooler bag kat umah pengasuh tu
mesti dia cakap nanakkk..
Alahai Zulfa sebulan je lagi

Apa pun Zulfa genap 1 Tahun 11 Bulan hari ni,
rasa ralat sangat sebab dia dah campur susu lain
Tapi direct feeding tetap on kalau bersama..

#Dah mula nak fikir nak beli susu apa pulak, tambah satu lagi cost tiap-tiap bulan..

1 comment:

Suhaida said...

Sebulan je lagi ye?tp kat umah still bf?still berjaya tu..tahniah ye..;)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails