Tuesday, 4 July 2017
Friday, 29 January 2016
Entri Pertama 2016
Assalammualaikum semua
Setahun tak update blog
Last entry adalah Entri Terkahir 2014
Tup tup entri terbaru tahun 2016
Just nak update anak dara kesayanganku Zara dah masuk darjah 1
Bersekolah di sekolah lama ibu dia dulu :-)
Sekolah Kebangsaan Serdang
Sekarang generasi kedua pulak
Sekolah yang mula dibina pada tahun 1948 ini
telah mendapat status Jubli Perak/Emas kalau tak silap.
Zaman sebelum merdeka lagi dah ada.
Kalau perasan gambar bawah ini ianya masih mengekalkan konsep kayu
pada bangunan yang menempatkan perpustakaan disitu.
Banyak sangat kenangan manis sekolah kat sini.
Dapat mewakili sekolah ke peringkat negeri dalam acara bola jaring.
Lepas tu mewakili sekolah dalam pertandingan bola baling peringkat MSSD.
Kiranya dulu aku memang aktif sukan la.
Gelagat Zara semasa hari pertama persekolahan.
Dah tentu ibu dia excited terlebih.
Persiapan sekolah ibarat nak sambut baby baru je kekdahnya
Setakat ni sekolah tak pernah ponteng lagi
Cumanya ada hari-hari dia agak malas bangun pagi
Minggu pertama je bangun segar bugar
Dah masuk minggu seterusnya bangun pun macam kena paksa
Sekolah KAFA sebelah petang dekat sangat dengan rumah mak aku
Boleh jalan kaki je pun
Tapu selalu naik motor dengan abah aku
Duit belanja sebelah pagi aku bagi RM2
KAFA pulak RM1
Tak nak biasakan bagi duit banyak2
Kalau lebih pun takat RM3 sebelah pagi itupun kadang ada lebih
Lebihan tu masuk tabung
Aku dulu belanja Sek Keb 50 sen je
Naik sekolah menengah adalah RM1
Family susah.. jadi aku sangat menghargai duit
Jadi, harapan aku agar Zara menjadi anak yang solehah, bijak dan pandai
Serta cemerlang didunia mahupun diakhirat.
Wednesday, 31 December 2014
Entri Terakhir 2014
Assalammualaikum dan Selamat Menyambut Tahun Baru 2015 kepada semua. Sedar tak sedar, tahun 2014 akan melabuhkan tirainya dalam beberapa jam sahaja lagi. Banyak suka duka yang aku tempuhi sepanjang tahun 2014 ini. Tapi bagi negara kita Malaysia, ternyata episod duka 2014 akan menjadi memori hitam yang paling diingati bagi kita semua. Sesukar mana pun, kita mesti dan harus laluinya bersama. Ya, mungkin musibah itu tidak kena pada diri sendiri, tetapi melihat sahaja keperitan keluarga mangsa yang melaluinya pun sudah membuatkan kita turut merasa kesannnya.
Kehilangan Malaysia Airlines MH370 sangat menggemparkan. Dan kini masih lagi menjadi tanya tanya. Daripada tragedi besar yang melibatkan ikon penerbangan negara, kepada insiden jenayah melibatkan pelancong asing hinggalah kepada kebimbangan dari aspek keselamatan semuanya menguji kita untuk mencari jalan penyelesaian yang sewajarnya. Diantara kisah duka yang akan tersemat di memori;
- Mac 2014 - Jejak pesawat MH370 yang tidak dapat dikesan
- Feb - April - Catuan air dan empangan kering/ Jerebu
- Julai - MH17 ditembak jatuh
- Disember - Banjir besar di Pantai Timur
Banyak sebenarnya kisah duka yang terpalit dalam dairi Malaysia 2014. Buat semua mangsa banjir, harap mereka terus tabah dalam menempuh dugaan dan ujian yang menimpa. Kuatkan semangat dan bangkit untuk kehidupan sempurna yang akan datang. Moga tahun 2015 ini, kejayaan dan kekayaan akan datang seiring serta cahaya mentari akan lebih bersinar diufuknya.
Tuesday, 21 October 2014
Selamat Hari Lahir Yang Pertama Zuyyin Safraa'
Salam semua..
Sejuk sangat kot pejabat yang baru setahun aku duduk ni
Menggigil sampai ke tulang hitam
Eh tipulah hew hew hew..
Sejuk-sejuk manja gituu
Sanah Helwah buat anakanda yang dikasihi Zuyyin Safraa'
yang pertama pada 17 Oktober yang lepas
Sekejapan je rasa
Ibu pun rasa dah makin tua
Oh tidakkk...
Dan secara rasminya zuyyin telah berjaya menyusu ibu untuk tempoh setahun ini
Terima kasih buat Medela Freestyle yang berkhidmat dengan jayanya
Nak belanja gambar birthday girl buat tatapan semua
Sungguh! aku tak percaya dia dah setahun
Please don't grow up too fast sayang sobs..sobs..
Mula tumbuh gigi masa umur dia 9 bulan kot
Sekarang ni dah ada 5 batang
zuyyin bukan freindly camera
Sangat susah nak ambil gambar dia
Kita kat belakang, dah agah-agah dia buat tak tau jer
zuyyin bukan freindly camera
Sangat susah nak ambil gambar dia
Kita kat belakang, dah agah-agah dia buat tak tau jer
Adoooiila Zuyyin..
Oopppss..gambar di bluurrkan hehe..
Anak dara ni kan belum pandai merangkak LAGIII.
Lambatnya lah naakk ooiii
Akak ko dulu si kak ngah tu dah berjalan dah
Ko ni berat badan terlebih ni
Tu yang malas nak bergerak kann haha..
Nahh..gambar dia masa baru lahir dulu
Tenang je rasa time ni.
Hilang rasa sakit lepas bersalin tu kan
Alhamdulillah.. Syukur ke hadrat Ilahi
diatas kurniaan dan pinjaman yang Allah Taala berikan ini
Ya Allah.. akan ku jaga amanahMu ini dengan sebaik-baiknya
Peliharalah anak ini walau diamana saja dia berada
Ibu doakan adik menjadi insan yang berguna pada agama dan bangsa
Jaga tingkahlaku
Jaga adab dan pergaulanmu ya nak
Selamat Hari Lahir yang pertama sayang..
Subscribe to:
Posts (Atom)