Entri ini ditujukan khas untuk Norhaslinda Husain yang akan mengikuti BTN pada 17 Jun ini. Saya telah menerima mesej dari beliau yang ingin mengetahui cara dan menyimpan EBM sepanjang kursus tersebut. Soalan pertama yang aku tujukan pada pakcik urusetia masa nak ambil kunci bilik asrama..
Aku : "Pakcik sini ada peti ais tak ?"
Pakcik : "Takde la. Anak nak simpan susu ya?"
Time ni jantung da berderau dah : "Aahla..saya menyusukan anak lagi ni"
Pakcik : "Takpe apa2 yang nak diusulkan, tanya waktu taklimat malam nanti ya"
Aku : "Pakcik sini ada peti ais tak ?"
Pakcik : "Takde la. Anak nak simpan susu ya?"
Time ni jantung da berderau dah : "Aahla..saya menyusukan anak lagi ni"
Pakcik : "Takpe apa2 yang nak diusulkan, tanya waktu taklimat malam nanti ya"
Can u all imagine perasaan aku time tu. Sudah..macam mana ni aku fikir lagi. Tapi aku sedapkan hati dan berfikir secara +ve jer.
Oklah secara ringkasnya pd malam taklimat tersebut aku di tertawakan oleh kaum adam apabila aku mengutarakan soalan berkaitan penyusuan, peti ais dan menge'pump'. Huh! ada aku kisah dengan ejekan dan hilaian ketawa korang! Yang penting aku bukan buat keje haram..
Oklah secara ringkasnya pd malam taklimat tersebut aku di tertawakan oleh kaum adam apabila aku mengutarakan soalan berkaitan penyusuan, peti ais dan menge'pump'. Huh! ada aku kisah dengan ejekan dan hilaian ketawa korang! Yang penting aku bukan buat keje haram..
Urusetia wanita yang merangkap ketua di kolej kediaman aku berjanji akan mencari jalan dgn menanyakan caterer di tempat makan kami. So aku tak mengharapkan 100% harapan dari beliau yg aku akan dapat apa yg aku nak. Yela kan nak jaga 300 org peserta yg mcm2 kerenah mustahil kan. So, aku telah mencari inisiatif sendiri dengan memaksa hubby aku datang collect EBM stp hari wakaka..Paksa rela hubby ku ini. Dia begitu supportive. Lebiu abg..Oleh itu aku telah menggunakan coleman box yang aku beli disini seperti gambar diatas. Stp hari hubby dtg, aku akan suruh dia bawa icepack beku yg ada lebih dirumah dan akan ditukarkan dgn icepack aku yg dah cair ni. Begitulah stp hari. Ais batu juga aku suruh dia beli selain ais lebih yg aku minta dgn kakak catering tu haha..apa saja kan, perasaan malu semua hilang..
Nak cerita pasal seisi pengepaman pula, aku akan menge'pump' time minum pagi, makan tengahari, minum petang dan 2 kali di sebelah malam. Jadual begitu pack jadi aku curik2 pump time tu semua. Awal pagi pula aku set kan jam 4.45am utk seisi yg pertama. Mesti org akan berfikir renyah dah susahnya..Bagi aku sikit pun tidak haha..Sampaikan roomate aku kata 'kesian akak tgk ko wanie terkejar2..' Gambar di atas pula adalah seisi pump yg dilakukan di dalam bilik persalinan Dewan Banquet Hall upm. Dimana saja kan asalkan tertutup. Beg penyusuan pula aku usung kesa kumari. Sepanjang 5 hari aku berkampung disana, EBM yg aku dapat kumpul adalah 14 botol (5 oz). Sikit? 60 oz kira ok lah tu kan.
Yang ni pulak gambar aku menggedik bersama Team 7 aku. Layan.. Buat kenangan. Posing itu tatap dan harus ok walaupun larangan mengatakan bahawa sebarang video dan hp adalah dilarang sama sekali.
Inilah pengalaman pertama aku sebagai seorang ibu yang fully breastfeed dan terpaksa berjauhan dgn anak. Pengalaman sememangnya mematangkan fikiran. Jadi target untuk menyusukan sehingga stage yg ke-2 (setahun) mohon dipermudahkan. Tiada yg mustahil bagiku. Jadi buat Kak Haslinda, selamat Ber'BTN' dan semoga semuanya success selalu ya.
(nota mummyzara : 30 frozen stok yg ditinggalkan buat zara, hanya 15 botol jer yg sempat diusik. Bakinya adalah fresh yg di bawa dari upm!)






