Pages

Showing posts with label Mumblings. Show all posts
Showing posts with label Mumblings. Show all posts

Monday, 26 May 2014

Wishlist 2014




http://www.imore.com/sites/imore.com/files/styles/large/public/field/image/2014/03/topic_iphone_5s.png?itok=A24vBPpa 

 Aduhaaiii teringin sangat dah ni
Ada sapa-sapa tau kat mana boleh beli iPhone dengan cash installment hehe..
Tak nak yang pekej Maxis, Digi, Celcom bagai tu kihkih..

Yang ni dok aim satu lagi
 http://lghttp.21049.nexcesscdn.net/809F1B/mage/media/catalog/product/cache/1/image/1104x/9df78eab33525d08d6e5fb8d27136e95/k/i/kitchenaid-mixer-candy-apple-red-3-ksm155gbca-popup.jpg
Tak dapat Kitchenaid Kenwood pun jadi la

http://www.meltset.co.zw/hificentre/components/com_virtuemart/shop_image/product/KENWOOD_MIXER_4eaffa5fd0018.jpg
 Mood nak membakar tiba-tiba datang
Saya nak cuba buat cupcake ni. Serius berkobar ni
Dah hint en. somi pun buat tak tau jerk 
 Saya nak yang alah membeli menang memakai

Ok la hutang paling senang kan janji bayoorr
Takpe akan ku pinang korang dengan bismillah..

Friday, 23 May 2014

Menjengah KLIA 2

Assalammualaikum reader sekalian.
21/5/2014 yang lepas sempatlah saya sekeluarga berjalan-jalan melihat 
KLIA 2 yang baru.

Dari pengamatan saya ianya tak ubah seperti sebuah shopping complex yang menempatkan 
pebagai buah kedai dibawah satu bangunan
Syiokk habis untuk kaki window shopping macam saya ni hehe..

 Tujuan asal kesana pun nak menjemput mak saya yang baru pulang dari Vietnam
Makan angin katanya..
Saya pun tak pernah sampai sana lagi huhu..


 Jom layan gambar jelah
Tu ha anak beranak keluar pakai ikut dan je, sebab kitaorang rush baru balik dari keje

Ada jugak kedai yang tak buka lagi
Tapi dah happening sebab airport kan
Penuh dengan foreigner
KLIA2 yang baru ni sangat oshemm lah sebab banyak kedai yang best-best..
Antaranya Vincci, ToyRus, Burger King, Gloria Jeans Coffee, Burger King 
Hah semua adalah. Tak tertulis haha..
Tapi yang paling best ada panggung wayang
Haa terujakan..


 Nak repeat lagi bukan sebab nak terbang pun.
Tapi sebab nak tawaf habis satu KLIA
KLIA2 ko tunggu aku datang kihkih..

Wednesday, 5 February 2014

Saya Pengedar SAH SHAKLEE

Assalammualaikum 
Dah bulan Februari kan
Sekejap je rasa
Zuyyin pun dah nak masuk 4 bulan bulan ni

Aku sekarang dok pikir nak buat baju raya je ni (haha over tak)
Mesti kena hoverr ok sekarang mak dah anak 3 kena prepare awai2

Sejak dah beranak 3 ni aku akui perbelanjaan adalah tinggi
Tapi aku yakin semua rahsia dan rezeki dari Allah
Yang penting USAHA!

Oleh itu aku mengambil peluang untuk menjana pendapatan
Membantu mengurangkan beban suami aku dan aku sendiri haha.

Now i'm a Shaklee Distributor
Jom pakat ramai-ramai order produk kesihatan ini dari aku
Aku bagi harga baik punya

ID : 1102893
PM/WHATS APP : 012-2925569

Sekarang tengah promotion VITA LEA
Beli 6 percuma 1
Harga tengah murah ni

Ok sekarang jom layan gambar budak kecik yang dah membesar bagai johan ni


Saya tak nafikan dengan mengamalkan produk shaklee ni MEMBANTU saya
berjaya dalam penyusuan susu badan secara ekslusif bagi anak ke - 2
In Sha Allah moga anak ke-3 ini akan berjaya juga

Oh Ya! Saya consume Shaklee since anak pertama lagi tau 
Suka sangat dengan VITA C dia
Anak saya jarang dapat sakit

Tuesday, 6 August 2013

Bertemu Kembali..

Assalamualaikum rakan blogger sekalian..
Begitu lama sekali saya tak update blog 
Rindu sungguh rasanya..

Sempat lagi rasanya saya mengucapkan 
Selamat Menyambut Ramadhan al-Mubarak 2013 walaupun berbaki lagi 2 hari
dan Selamat Menyambut Lebaran 

Sungguh..
Banyak cerita yang saya nak kongsikan bersama..

Alhamdulillah..
Tahun ni saya bakal berlima pulak :-)
Cepat??
Selang dua tahun ok lah tu kan hehe..
InsyaAllah bulan 10 nanti TIJU akan keluar (Third Junior)
Doakan saya..

Zara sudah berusia 4 tahun Julai lepas
Dan Zulfa pulak 2 tahun setengah
Perangai anak-anak ni macam-macam.
Kadang-kadang saya tersenyum melihat telatah mereka
dan kadang-kadang tu Subhanallah..
Terkeluar suara petir saya

Ok sampai sini dulu 
Sehingga kita berjumpa lagi nanti InsyaAllah
Disini saya sertakan gambar terbaru kami
buat tatapan rakan semua hehe..

(Mak buyung yang bermuka pucat dan kembang setaman)

Tuesday, 19 February 2013

Rambut Pendek Menjadi Pilihan!


Ni dia budak Zulfa tengah berjalan sambil tengok burung dekat KL Bird Park tempoh hari
Penat sungguh haih bawa budak berdua ni 
Dah la stroller tak bawa.

Ok, sebenarnya bukan nak cerita pasal lawatan kami ke KL Bird Park ni
Tapi nak cerita pasal rambut Zulfa yang cepat benar panjangnya.

Aku bukan tak suka kalau budak-budak ni berambut panjang
Tapi, disebabkan dorang ni nak sikat rambut pun punya lah susah
Aku lebih senang tengok dorang berambut pendek

Lebih-lebih lagi rambut Zulfa
Berlari satu rumah hokey nak sikat rambut dia.
Rambut dia nampak je lurus, tapi kusut yang amat

So, aku decide nak bawa dia pegi kedai gunting rambut.
Nanti kita tengok hasilnya ok


Ini gambar 3 bulan lepas
Tenang je mata aku tengok gambar ni haha

(#Bantal busuk tak tinggal)

Thursday, 17 January 2013

Jom Sihat Dan Cergas!

Tahun ni azam kan nak fit, sihat dan cergas
Insya Allah nak cuba luangkan masa
untuk aktiviti camni pulak

Jom guys!
Siapa nak join I!



Tuesday, 8 January 2013

Happy Birthday To Me..


Semalam aku genap 28 tahun..
Happy Belated To Me

10 tahun yang lepas aku sekolah lagi di Form 6
10 tahun sekarang ni aku dah beranak 2
10 tahun akan datang anak-anak semua dah besar panjang

Syukur Alhamdulillah itu saja yang mampu aku ucapkan
Hadiah dari Mr. Hubby postpone lagi
(Bila la nak dapat time birthday betul-betul ni hehe)

Terima kasih kawan-kawan opis yang wish dan nyanyikan 
untuk aku semalam terharu...

Monday, 31 December 2012

Entri Terakhir 2012

Nampak gayanya tahun ni aku tidak berapa aktif ber'blogging'
Ada beberapa azam tahun 2012 yang aku berjaya capai
Dan ada juga yang tidak. (So sad, will try again)

Tahun ni banyak juga cerita gembira dan tak kurang juga cerita yang sedih

Yang Sedih :

1) Ntah apa aku setting dan aku terjebak dengan Google + dan sampai la ni pun aku tak tau sepatah haram apa Google + tu sampai ada beberapa gambar kat blog aku hilang.. Damn! (Sebab aku link kan ia)

2) Arwah nenek aku meninggal. Boleh baca link ni (dua-dua belah takda nenek dah, tinggal atuk sorang je)

Yang Gembira :

1) Dapat meneruskan penyusuan susu ibu sepenuhnya (no added milk formula!) until now 1y 10m.

2) Wishlist Tahun 2012 yang berjaya di penuhi. Tapi tak semua antaranya;
* Ergo organic - Baby wearing (sgt comfy)
* Memiliki Tablet jenama Samsung (dah calar balar dah)

Yang lain - lain seperti verangan nak designer handbag mak jemah, nak pegi USS dan memiliki rumah sendiri 
insyaallah tahun depan akan ku cuba penuhi.

3) Dapat Hadiah dari En. Somi sempena Anniversary kita orang yang ke - 4 iaitu 
nak mixer terus dapat kete kau hehe..

HARAPAN

1) Nak fit balik dan sentiasa cergas, sedang berusaha utk menurunkan berat badan 
2) Kalau boleh nak kurang kan baca status kawan-kawan kat FB setiap hari 
(benda ni setiap hari and kadang2 stp jam aku akan hadap FB, time nak tido pun blh)
3) Tentunya nak duduk rumah sendiri, sebab aku tak sabar nak deko rumah,
 ruang tamu, dapur dan segala bagai.
4) Nak upgrade diri menjadi orang yang lebih bermotivasi dan lebih baik, tak nak marah-marah dah lagi
5) Nak tamatkan PSI, tak lama 2 bulan je lagi, kalau zulfa nak continue aku ok je biar dia wean off sendiri
6) Nak boboy boy pulak tahun depan hahaha..

Thursday, 27 December 2012

My New Wishlist for 2013


Oh I'm so in love with this jacket from HM
My eyes drollling up coz the colour is very nice
Oh noo..tunggu bonus tahun depan 

Tuesday, 31 July 2012

Wishlist Untuk Anniversary

Salam rakan-rakan sekalian. Alhamdulillah hari ni dah masuk hari ke-11 kita berpuasa. Jadi, ini bermakna bulan Julai akan melabuhkan tirainya, dan bulan kegembiraan dan kebahagian akan menjelma pula. Kenapa pulak gembira dan bahagia ya?? Sebabnya, aku dah tak sabar nak beraya dan yang paling penting Anniversary ke-4 aku jatuh pada bulan Ogos ni juga.

Dalam kepala ni sebenarnya dok 'aim' satu benda alah ni haha..

Mai sini rapat-rapat aku nak citer. Lagi beberapa minggu nak raya orang sana sini sibuk la menempah biskut raya, buat kuih, kek, pavlova, muffin macam-macam lagi lah kan. Yang aku pulak beberapa minggu sebelum nak puasa sibuk dok mencari kek untuk birthday party zara. Sampaila aku gugel resepi Red Velvet Cake (RVC) dan siap tonton rancangannya lagi kat Joy Of Baking. Aku rasa macam senang giler nak buat. Lagi pun aku suka sangat RVC nih


Lapas nonton tu, macam ada satu perasaan yang membuak-buak untuk aku try resepi RVC tu. Tetapi itu semua hanyalah mimpi sebabnya aku tidak mempunyai oven, mixer dan kelengkapan pelbagai untuk aku buat kek ni. Kesian aku kan..Jadinya nak baking apa pun terbantutlah. 

Oleh sabab bulan cinta jatuh pada bulan ni, aku menjadikan alat mixer yang diberi nama Kitchen Aid Artisan Stand Mixer sebagai hadiah wajib yang perlu diberi oleh Mr. Hubby kat aku haha..(gelak jahat). Tak pun aku akan jadikan ia sebagai wishlist aku tahun ni (wishlist lagi..) Melampau tak permintaan aku. Jom layan gambar dulu. Aku rasa korang pun mesti jadi gila sebab mixer dia hadir dalam pelbagai warna.


Maka jadinya, aku akan jadi lebih meroyan bila dapat mixer yang berwarna purple ni. 
Oh tidaaakkk...(peminat setia pepel lah katakan)


Tak agak-agak nak mixer ala-ala Masterchef atau yang dah pro. Baru nak mula membakar tapi nak alat canggih (ayat dalam hati) Of coz la, bila semua dah lengkap barulah ada feel nak membakar haha..(gelak jahat lagi) Maka ini lah antara sebab aku terjatuh cinta secara tak sengaja dengan mixer ni. Kepada pencinta makanan, masakan ataupun baker handalan mereka tentu dah tau alat ajaib ni kan.

Tapi kan..tapi kan.. rege menatang ni RM2800 *gulp~* (telan air liur..) botak kepala laki aku muahahaha..

Bukan tu saja..
Bila dah ada mixer kena lah ada oven nya. Kalau tak aku nak membakar dalam apa.
Maka sekali lagi Kitchen Aid menjadi pilihan aku dalam merealisasikan impian aku menjadi Masterchef terkenal suatu hari nanti.
*Verangan tak sudah~*

Bolehla bang...
(sambil melentukkan kepala kat bahu dia agagaga..)

Wednesday, 28 March 2012

Wishlist 2012

Walaupun dah nak masuk bulan April 2012,
aku tetap nak buat wishlist jugak supaya aku tak lupa nanti.
Haha..*motipp??

Wishlist Pertama. Nak ber'baby' wearing semula.
Nak sambar ERGO satu. bukan apa Zulfa memang tak boleh berenggang
dengan aku langsung. Letak dalam stroller pun tetap nak berdukung dengan aku jugak.
Jadi aku rasa ERGO organic jadi pilihan sebab material dia bagus 
dan ramai kawan menyusu aku bagi feedack tentang kebaikan ERGO nih

Cantik tak warna ni?


Kedua - nak miliki Designer Handbag
takdanya LV, Chanel atau Gucci 
Aku tak mampu lagi sampai tahap tu huhu..

Marc by Marc Jacobs Hillier Hobo 

Ketiga - teringin jugak nak pakai gadget (tablet) nih 
Aku prefer kepada Samsung Galaxy Tab 7 Plus
Senang nak bawa, sebab kecik sket daripada Ipad
Dah jadi satu trend, satu rumah satu aku agak..

Keempat - Nak pergi bercuti ke Singapore
nak bawa budak-budak tu ke USS
Nak minta jasa abang ipar bawa jenjalan sana
sebabnya dia pemastautin tetap sana
jadi mungkin lebih mudah


Kelima - dan mungkin yang terakhir huhu..
Nak memiliki rumah sendiri 
InsyaAllah mungkin dalam pertengahan atau hujung tahun ini
Doakan kami ya..

Friday, 16 March 2012

ZERO!!

Jujur aku nak bagitau
Mood nak update blog adalah zero
Sampai sekarang aku terpaksa godek balik gambar-gambar lama
yang ada kat komputer untuk di re-upload balik 

MENCIIIII....

Monday, 27 February 2012

He's 33 Today!


Hari ni entry perlu di publish juga even hati aku sedih ..
sedih la gambar ebm aku yang lelama tu tak dapat nak tengok balik

By the way, Happy Birthday Abang..
Moga Allah  murahkan rezeki abang dan keluarga kita
Dipanjangkan umur dan ceria selalu.
Love u always <3 <3

*Kalau ada rezeki lebih boleh sambut birthday dengan adik sekali

Tuesday, 10 January 2012

Beautiful Nature



Cuba teka pokok ni rupa dia bentuk apa??

Monday, 9 January 2012

Happy Belated Birthday To Me

I'm officially turn to 27 years old on 7th January 2012
Happy Belated Birthday To Me
Thanks for everyone who wishes at me on FB


Pressie??

I'm not gotting special on my b'day
Pity me right?
Oh no ~ 
Mak thanks for the great blouse
I like it..

Every year it's same when my birthday is coming
He's didn't do anything ~ huh..

Tuesday, 3 January 2012

Entry Baru 2012


Masih sempat lagi untuk aku mengucapkan Selamat Tahun Baru kepada korang kan. 

Happy New Year To All

 Kenangan manis untuk tahun 2011 ialah dapat anak lagi hehe..So azam untuk tahun 2012 bukan lebih kepada untuk mendapatkan anak lagi ya..Tetapi berazam untuk mendapatkan berat yang lebih ideal.
Waaahh harus gitu

Lepas ni aku akan merajinkan diri
menghadiri senamrobik yang dianjurkan oleh kkm pada setiap hari Rabu
Kelas gym pun ada
Seminggu sekali je pun
Kasut baru dah beli
Pemangkin semangat ni ngeh..ngeh..ngeh..
Jadi lepas ni harap sangat ianya bukan hangat-hangat tahi ayam

Wish me Gud Luck ok!

* I'm just counting my birthday..

Friday, 16 December 2011

My First "C"



Ini dia kesayanganku..
Aim lama dah ni
Almaklumlah harga dia boleh tahan ......

Reward for my self yang dah bekerja selama 7 tahun ni
Aku suka beli something yg ada value
Ye la kita dah penat-penat keje
Mestilah ada ganjarannya kan..
Bukannya selalu pun


Welcome "C"

Thursday, 15 December 2011

Wad Bersalin Di Filipina Yang Menyedihkan..

Dah lama tak update blog!!
 kali nak update pasal 
Beruntungnya kita menjadi rakyat MALAYSIA..

Aku copy paste dari email yang aku dapat 
Aku share lah kat sini

Jadi kita-kita yang kat sini bersyukurlah dengan apa yg ada ya..


Selamat datang ke wad bersalin Dr Jose Fabella Memorial Hospital di  Manila . Pada satu-satu masa terdapat lebih kurang 300 ibu  dan anak mereka ditempatkan didalam wad ini. Jika korang nak tahu Filipina merupakan negara Asia Tenggara  yang mempunyai kenaikkan populasi tertinggi iaitu 2%  setahun. Di hospital ini, purata kelahiran bayi seharian ialah 60 orang . Rekod tertingginya ialah 100 orang bayi dalam masa 24 jam! Purata kelahiran bayi sehari di negara ini pula ialah 200 orang sejam!  Akibatnya di Dr Jose Fabella Memorial Hospital , sebuah katil akan dikongsi oleh 3 orang ibu baru pada satu-satu masa.


Persoalannya disini mengapa padat sangat? Oh that is an easy answer. Filipina ialah sebuah negara Roman Katolik .Paus  tidak membenarkan penganut Katolik memakai kondom, memakan pil perancang, melakukan pengguguran atau apa saja bentuk perancangan keluarga. Kesemua ini dianggap berdosa keran "melanggar kehendak tuhan" . Yes ladies and gents macam sesetengah mazhad Islam the whole idea or family planning dianngap dosa. No I am not kidding. Di Filipina90%  penduduknya adalah katolik.

Presiden Beningno Aquino III  cuba untuk mengurangkan kadar kelahiran Filipina dengan memperkenalkan pengajian seks disekolah dan kempen perancangan keluarga bagi mengawal populasi Filipina yang telahpun mencapai 90 juta  orang! Walau cadangan beliau mendapat sokongan rakyat, pihak Gereja Katolik Filipina menentang sehabis-habisnya cadangan Presiden. Mereka memberi amaran akan menyisihkan beliau dari gereja Katolik. Bizarro shit! So there you go people. Rupa wad bersalin di sebuah hospital di Filipina serta masalah ledakkan kadar kelahiran akibat campur tangan tak masuk akal agama. In this case you know what separation of church and state makes so much sense!




709 patient in one ward!!
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
 Baru bersalin dah duduk macam2 gaya

tak sakit ke dorang punya *%^%$#@#$

hehehe....

Friday, 7 October 2011

Nak Buat Apa Nih??


Korang kenal tak apa benda kat atas tu?
Hahaha.......
Gelak panjang sket 

Tu lah taugeh kat umah aku yang dah bercambah dan bertunas
Semuanya bermula apabila aku buat mihun sup untuk family aku yang 
nak datang umah beraya
So aku suruh en somi pi beli taugeh RM2 kat pasar borong nun
Aku pikir x derla banyak sangat kan

So bila dia bawa balik jer
Mak hhaaaiiihh..
banyak sungguh..
Boleh 10 kali masak la aku ingat

So aku yang rajin sangat nih
takdela pikir nak buat masak apa ke
Atau nak bagi mak aku sket ke
So dok biar la dia lelama dalam plastik tu huhu..

So agak-agak korang kalau aku biarkan lagi
dalam plastik panjang mana agaknya dia akan tumbuh lagi
hehe...(gelak pandai)

seriuosly aku tak penah lihat 
pokok kacang hijau atau taugeh yang betul2 tu

Boleh tanam atau bela terus tak nih?
Pendapat korang camna nggeee....

Tuesday, 2 August 2011

Fuuhhh..Nasib Baik!

Minggu lepas adalah minggu pening kepala sedunia
Dah beberapa hari aku mengalami pening kepala yang amat sangat
Tambahan pula aku mengadap PC seharian

Ditambah pulak lagi "sahabat baik" aku tak muncul2 walhal zulfa dah 5 bulan
Masa zara hari tu time dia 4 bulan "sahabat baik" aku datang dah.
Kali ni tak tau pulak bila dia nak melawatnya

Aku pun takut jugaklah kot-kot melekat lagi
Ohh..tidak terus aku fikir yg bukan2..sudah..
Si Zulfaa baru jer 5 bulan
Aku target nak menyusukan dia sampai 2 tahun

Zass terus pegi beli pregnancy test ngeh..ngeh..
Berdebar gak nak tengok result dia

Haha..nasib baik -ve


Bukan menolak rezeki
Tapi biarlah zara dan zulfa besar sket dulu
Aku nak tumpukan sepenuh perhatian pada mereka dulu
Beri kasih sayang yang secukupnya


Dan yang penting BF Zulfa until she's 2 years InsyaAllah...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails