Pages

Wednesday 31 December 2014

Entri Terakhir 2014

http://www.smashingbuzz.com/wp-content/uploads/2014/12/Welcome-to-New-Year-2015-HD-Wallpaper.jpg
Assalammualaikum dan Selamat Menyambut Tahun Baru 2015 kepada semua. Sedar tak sedar, tahun 2014 akan melabuhkan tirainya dalam beberapa jam sahaja lagi. Banyak suka duka yang aku tempuhi sepanjang tahun 2014 ini. Tapi bagi negara kita Malaysia, ternyata episod duka 2014 akan menjadi memori hitam yang paling diingati bagi kita semua. Sesukar mana pun, kita mesti dan harus laluinya bersama. Ya, mungkin musibah itu tidak kena pada diri sendiri, tetapi melihat sahaja keperitan keluarga mangsa yang melaluinya pun sudah membuatkan kita turut merasa kesannnya.

Kehilangan Malaysia Airlines MH370 sangat menggemparkan. Dan kini masih lagi menjadi tanya tanya. Daripada tragedi  besar yang melibatkan ikon penerbangan negara, kepada insiden jenayah melibatkan pelancong asing hinggalah kepada kebimbangan dari aspek keselamatan semuanya menguji kita untuk mencari jalan penyelesaian yang sewajarnya. Diantara kisah duka yang akan tersemat di memori;
  • Mac 2014 - Jejak pesawat MH370 yang tidak dapat dikesan
  • Feb - April - Catuan air dan empangan kering/ Jerebu
  • Julai - MH17 ditembak jatuh
  •  Disember - Banjir besar di Pantai Timur
Banyak sebenarnya kisah duka yang terpalit dalam dairi Malaysia 2014. Buat semua mangsa banjir, harap mereka terus tabah dalam menempuh dugaan dan ujian yang menimpa. Kuatkan semangat dan bangkit untuk kehidupan sempurna yang akan datang. Moga tahun 2015 ini, kejayaan dan kekayaan akan datang seiring serta cahaya mentari akan lebih bersinar diufuknya.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails