Pages

Wednesday, 23 June 2010

Kenapa Saya Memilih Untuk Menyusukan dan Memberi Anak Saya Hanya Susu Ibu?

Aku memang begitu obses dengan breastfeed ni. Bagaimana aku boleh menceburkan diri dalam dunia penyusuan ni ya? Dan kenapa aku memilih susu ibu berbanding susu formula (bukan nak kondem atau hantam susu formula ya) Ceritanya cenggini..

Lebih kurang 30 minit zara dilahirkan, jururawat di Hospital Putrajaya mengarahkan agar aku menyusukannya. Ironinya untuk mewujudkan 'skin to skin contact' sejurus selepas bayi dilahirkan dalam tempoh 1 jam yang pertama. Benefit of skin to skin contact dalam konteks breastfeeding " babies who are kept skin with the mother immadiately after birth for at least an hour, are more likely to latch on without any help and they are more likely to latch on well" Yes! Pengalaman selama 11 bulan menyusukan, zara akan latch dengan betul semenjak dari hari pertama kelahirannya.
Sepanjang penyusuan zara sehinggalah pada hari ke-3 kelahirannya barulah aku sedari apa itu breast engorgment. Itupun setelah aku berurut. Jadi, pada hari pertama dan ke-2 kelahirannya aku pun tak berapa pasti sama ada aku mempunyai susu atau tidak. Aku teruskan saja penyusuan walaupun ada beberapa kali aku cuba memerah tapi susu tetap tidak keluar. Jadi setelah sekian lama dan mengikut pembacaan aku, susu sebenarnya sudah ada semenjak kita mengandung lagi. Hal ini di perjelaskan apabila pada malam pertama kelahiran zara, beliau sudah mengeluarkan najis yang dikenali sebagai ' mekonium' yang berwarna agak kehijau-hijauan.

Dalam tempoh berpantang, makanan zara hanya susu ibu. Sehinggalah habisnya tempoh berpantang aku membuat keputusan untuk menyusukan zara hanya selama 6 bulan saja. Ini kerana aku berpendapat bahawa aku hanya mampu menyusukannya selama itu saja dan mengikut polisi penyusuan susu ibu yang telah ditetapkan.

Jadi bermulalah 1 episod dimana setelah aku kembali bekerja, aku membekalkan zara EBM hanya 2, 3 botol dalam 4 oz. Aku yang cetek ilmu membawa EBM tersebut (frozen lagi tak cair) tanpa cooler bag dan sebagainya untuk bekalan anak sepanjang hari. Ia berlanjutan sehingga sebulan! Dalam pada itu setelah menggali dan menimba ilmu di susuibu setelah kembali bekerja, perspektif aku telah berubah. Aku bersemangat untuk menyusukan zara selagi mana aku mampu dan insyaAllah sehingga mencapai 2 tahun. Jadi Alhamdulillah hingga ke hari ini aku telah berjaya mengharungi semua cabaran itu.

Dan yang paling penting dan UTAMA sebab aku memilih untuk meneruskan penyusuan susu ibu terhadap zara adalah kerana:
  • ia mencakupi semua zat makanan dalam nisbah yang betul dan isi kandungannya berubah mengikut keperluan bayi membesar. Boleh refer jadual di bawah
  • Susu ibu mengandungi antibodi yang tiada pada susu formula dan mampu melawan penyakit.
  • Dapat mengecutkan rahim si ibu yang baru bersalin dengan cepat
  • Dapat mengurangkan kanser payudara dan ovari
  • Dapat menguruskan badan ibu secara semula jadi
  • Mampu menjarakkan kehamilan secara semula jadi
  • Selamat dan mudah disediakan.
  • Menjimatkan masa dan wang.
Jadi jelaslah disini bahawa susu ibu mempunyai banyak khasiatnya terutama kepada bayi dalam 6 bulan yang pertama. Kepada ibu-ibu diluar sana yang gagal untuk menyusukan anak sendiri tidak kira apa pun kekangannya, dan ingin meneruskan penyusuan susu ibu, anda tidak bersindirian! Kami dipihak MBfPC akan sentiasa membantu anda dalam apa jua keadaan sekali pun. Happy breastfeeding to all mommies..

2 comments:

izzahazfar said...

tahniah!

11 bulan satu yg membanggakan kan!

chaiyok!!!!

mrs. wanie said...

tq dear!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails